salam semuanya...
tahniah untuk kakakchinta..berjaya la buat konflek madu nih..memang kegemaran tokwan...untuk makluman kc campak2 jek bahan2 nih...tak ikut sukatan pon..alhamdulillah berjaya lak..rasa pon okeh ler..boleh makan...
Bahan-bahan
Konflek 500g (beli timbang punya jek murah)
Madu (guna 3/4botol) haa..botol cam dalam gambo nih..ni kc cilok jek dari google..madu lebih kurang pesen gini ler...
ceri merah dan hijau yang dah siap potong2 (ikut suka nak banyak mana)
kismis (pon ikut suka) tp jangan banyak sangat lak..
Bijan (3sudu makan)
Butter (1blok cap buttercup)
gula castor (5sudu besar)
Cara-Cara
Masak Butter, madu dan gula ising...tunggu hingga semua bahan cair dah memadai..jangan sampai hangus ya...
Tuangkan semua yang dah dimasak tuh dalam bowl dan masukkan konflek, ceri potong2, kismis dan bijan.
Gaul sampai rata..
Masukkan dalam cup kecik2 tuh..sampai habis..
Bakar konklek yang dah siap tuh dalam oven suhu 150'C selama lebihkurang 5minit sahaja.
Dah siapppppp...................
tokwan : bab2 kuih-kuih nih serah la kat kakakchinta..
Wednesday, August 15, 2012
Thursday, August 9, 2012
TELUR DADAR KUKUS BERINTI SAUSAGE
Bahan-bahan
3 biji telur dipukul dengan lada putih + garam
Sausage yang dipotong dadu kecil-kecil.
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada putih
Serbuk perasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara-Cara
- Dadar telur menggunakan kuali leper. Dah masak kemudian angkat.
- Gaul Sausage dan lobak merah bersama sedikit lada hitam, lada putih
dan srbuk perasa..(boleh ditukar dengan isi udang, sotong dan sebagainya) dalam kes nih kat rumah ada sausage
jek...hantam saja ah labu..hihi
- Letakkan sausage yang dah digaul dalam telur dadar tadi.
- Gulungkan kemudian kusus selama lebih kurang 10minit. Potong sebelum
di hidangkan...
- Hiaskan dengan daun ketumbar
Bicara Tok : Sangat sesuai untuk hidangan anak2 anda...
Wednesday, August 8, 2012
AYAM GORENG LEMON
Gahan-Bahan
Ayam dipotong kecil
1 Biji lemon ( ½
untuk diperah dan ½ lagi untuk dipotong bulat sebagai hiasan)
Sedikit kulit lemon (dihiris memanjang)
10 tangkai cili kering
1 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
4 ulas bawang putih (cincang)
½ inci halia (cincang)
Sedikit daun ketumar
Minyak untuk menumis
Garam dan bahan
perasa
Cara-cara
- Perap ayam dengan kulit lemon dan garam (10 minit
paling minimum)
- Panaskan minyak, celupkan ayam dalam telur dan goring
hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
- Bagi membuat sos, ambil sedikit minyak tumiskan bawang
putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili kering kemudian perahkan lemon.
- Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa.
- Masukkan ayam yang dah bersalut telur tadi goring
sehingga sebati.
- Taburkan daun ketumbar ketika hendak dihidangkan.
Hiaskan dengan hirisan lemon tadi.
- Siap untuk dihidangkan....
bicara tok : sedap bagi tau kawan..tak sedap diam2..hehehe
OPENING CEREMONY
salam semuanya..........
Terperanjat tak kakak chinta ada ruangan memasak..hehheheh
Blog ini di wujudkan untuk berkongsi keghairahan hubby kepada Kakak Chinta yang sangat gemar memasak. Segala tips-tips memasak..resepi mudak..resepi kuih atau biskut akan dikongsikan di sini.....segala resepi yang dikongsikan di sini telah dicuba sendiri oleh TOKWAN atau kakakchinta atau resepi saudara mara yang telah kakakchinta dan TOKWAN rasa.. Yang pastinya resepi2 kat sni mudah dan sedap untuk dicuba...harap uooolllsss semua eeennnjoy reading...
Memang kakakchinta yang menulis..tapi TOKWAN yang tukang masak...hahahahaha
Terperanjat tak kakak chinta ada ruangan memasak..hehheheh
Blog ini di wujudkan untuk berkongsi keghairahan hubby kepada Kakak Chinta yang sangat gemar memasak. Segala tips-tips memasak..resepi mudak..resepi kuih atau biskut akan dikongsikan di sini.....segala resepi yang dikongsikan di sini telah dicuba sendiri oleh TOKWAN atau kakakchinta atau resepi saudara mara yang telah kakakchinta dan TOKWAN rasa.. Yang pastinya resepi2 kat sni mudah dan sedap untuk dicuba...harap uooolllsss semua eeennnjoy reading...
Memang kakakchinta yang menulis..tapi TOKWAN yang tukang masak...hahahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)